Xi Bertemu PM Australia

2024-11-19 14:26:58  CRI
Share with:

China bersedia bersama Australia menjalin perkongsian strategik komprehensif yang lebih matang, stabil dan berhasil agar membawa lebih banyak kestabilan dan kepastian kepada rantau dan dunia.


Demikian dinyatakan Presiden China Xi Jinping dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Rio de Janeiro, Brazil pada Isnin.

Beliau berkata hubungan China-Australia terus pulih dan mengekalkan trend perkembangan dengan mendatangkan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.


Albanese pula berkata lebih banyak kemajuan yang memberangsangkan dicapai dalam hubungan kedua-dua negara.


Beliau turut menyifatkan pembangunan China memberi sumbangan signifikan kepada kestabilan dan pertumbuhan jangka panjang rantau Asia Pasifik.