Tindakan Media Belia Negara Selatan Global Bersemuka Dilancarkan di Rio
Sempena Presiden China Xi Jinping menghadiri Sidang Kemuncak ke-19 Kumpulan 20 (G20) di Rio de Janeiro dan mengadakan lawatan negara ke Brazil, Kumpulan Media China (CMG) bersama-sama Sidang Kemuncak Belia G20 (Y20) dan sekretariat jabatan presiden Brazil melancarkan Tindakan Media Belia Negara Selatan Global Bersemuka, di Rio de Janeiro pada 18 Nov waktu tempatan.
Inisiatif Media Negara-negara Selatan Global Berganding Tangan Promosi Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan yang didukung dan disertai oleh 215 media dari 74 negara diumumkan.
Presiden CMG Shen Haixiong mengatakan, Presiden China Xi Jinping dalam sidang kemuncak G20 kali ini mengumumkan lapan tindakan China untuk menyokong pembangunan global dan ia mendapat sambutan baik masyarakat antarabangsa.
Shen berkata CMG dan rakan-rakan media dari pelbagai negara bersama-sama melancarkan tindakan media kali ini bertujuan untuk membina satu platform pertukaran bagi pemuda dari negara-negara Selatan Global supaya dapat bergerak maju seiringan dalam bidang penyiaran, penghasilan karya seni, tinjauan masyarakat, pertukaran sukan dan lain-lain.