Perlu Kekalkan Hubungan Baik Sesama Tetangga: MFA
2024-11-19 14:31:36 CRI
Satu-satunya pilihan tepat untuk menjaga keselamatan negara dan ketenteraman serantau adalah mengekalkan hubungan baik sesama tetangga serta kemandirian strategik.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar (MFA) China Lin Jian dalam sidang media pada Isnin susulan Filipina dan Amerika Syarikat menandatangani satu perjanjian ketenteraan.
Lin berkata mana-mana perjanjian ketenteraan atau kerjasama pertahanan dan keselamatan tidak sepatutnya menyasar atau menjejaskan kepentingan pihak ketiga. Ia juga tidak boleh menjejaskan kedamaian atau meruncingkan ketegangan serantau.