CMG, BAND Tandatangani MoC Tingkatkan Kerjasama Media

2024-11-19 14:18:46  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan Kumpulan Media Bandeirantes Brazil (BAND) di Rio de Janeiro pada Isnin waktu tempatan.  

Kedua-dua pihak mencapai persetujuan mengenai kerjasama dalam penghasilan program, inovasi dan penggunaan teknologi baharu, pertukaran lawatan kakitangan dan lain-lain.

Presiden CMG Shen Haixiong dan Presiden BAND Joao Saad mewakili kedua-dua pihak menurunkan tandatangan pada dokumen itu.


Shen menyatakan, bersempena dengan Sidang Kemuncak ke-19 Kumpulan G20 di Rio de Janeiro dan ulang tahun ke-50 ikatan diplomatik China-Brazil, pencapaian MoC antara CMG dan BAND adalah langkah pragmatik untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara.


"Saya menantikan lebih banyak kerjasama dengan BAND, dan berganding tangan untuk menceritakan hubungan baik China-Brazil kepada dunia, agar menyumbang kepada '50 tahun jubli emas' hubungan China-Brazil yang seterusnya," kata Shen.