Santapan Minda: Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
2024-11-19 12:55:16 CRI
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
Tafsiran:
Dipetik daripada Tao Te Ching oleh Lao Tzu (571-471SM), kata-kata hikmat ini menekankan betapa pentingnya langkah pertama dalam melakukan sesuatu yang diimpikan. Jika tidak dimulakan pada langkah pertama, cita-cita sekadar bertukar menjadi angan-angan.
Ungkapan ini mengingatkan bahawa setiap perkara yang dirancang perlulah dilaksanakan sebaik mungkin supaya dapat melangkah lebih jauh.