Presiden Xi Bertemu Presiden Bolivia Arce

2024-11-20 12:19:57  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Bolivia, Luis Arce sempena Sidang Kemuncak ke-19 Kumpulan 20 (G20) di Rio de Janeiro, Brazil pada Selasa waktu tempatan. 


Xi menyatakan bahawa China dan Bolivia merupakan sahabat dan saudara yang baik. Hubungan kedua-dua negara mengekalkan momentum perkembangan baik sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Xi menambah bahawa China dan Bolivia saling menyokong dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan teras dan kebimbangan masing-masing, dan mengecapi hasil memberangsangkan dalam kerjasama bilateral di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), sekali gus membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. 


Arce pula berkata pembangunan modenisasi ala China melakar kemajuan besar di bawah pimpinan Presiden Xi. 


Beliau mengatakan, pengalaman China dapat menjadi rujukan penting dan boleh ditimba oleh Bolivia dan negara lain dalam memacu pembangunan negara masing-masing.