Presiden Xi Bertemu Presiden Argentina Mile

2024-11-20 11:45:19  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping berkata struktur ekonomi dan perdagangan antara China dan Argentina adalah saling melengkapi dan prospek kerjasama kedua-dua negara ini amat cerah.


Xi berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Argentina Javier Mile sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Rio de Janeiro, Brazil pada pagi Selasa waktu tempatan.


Xi menzahirkan harapan untuk bekerjasama dengan Argentina untuk mempromosikan pembangunan berkualiti Jalur dan Laluan, selain mempergiat kerjasama dua hala dalam sektor tenaga, perlombongan, prasarana, pertanian, inovasi sains teknologi, ekonomi digital dan lain-lain.


Mile pula menyampaikan penghargaan atas usaha China dalam membantu Argentina menstabilkan situasi ekonomi dan kewangan dalam negeri. 


Beliau berharap agar Argentina dapat menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai dan mantap bagi China, di samping mengalu-alukan lebih banyak syarikat China melabur di negara itu.