Kertas Biru "Laporan Penilaian Pembangunan Mampan China 2024" Diterbitkan

2024-11-20 13:21:57  CRI
Share with:

"Kertas Biru Pembangunan Mampan: Laporan Penilaian Pembangunan Mampan China 2024" telah diterbitkan sempena sidang sampingan bertajuk "praktik baharu pembangunan mampan China yang menuju ke neutraliti karbon" dalam Persidangan Pihak-pihak ke-29 (COP29) "Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB" di Baku, ibu kota Azerbaijan petang semalam waktu tempatan.


Kertas biru yang merupakan hasil bersama Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China (CCIEE) dan Akademi Pengajian Bumi Universiti Columbia Amerika Syarikat (AS) tersebut, merangkumi indeks komprehensif pembangunan mampan China 2024 dan keputusan dalam penilaian terhadap pencapaian pembangunan mampan di pelbagai provinsi, wilayah autonomi dan bandar raya negara ini.


Menurut kertas biru tersebut, sejak penilaian sedemikian dijalankan, indeks berkenaan telah meningkat untuk 7 tahun berturut-turut dengan mencatat 46.8% untuk keseluruhan, disokong momentum pertumbuhan dalam lima bidang termasuk pembangunan ekonomi, sara hidup dan jaminan sosial, persekitaran sumber tenaga, pelepasan karbon dan kepenggunaan serta restorasi dan pemuliharaan.