Lebih 50 Buah Syarikat China Sertai Smart Nation Expo 2024 Malaysia
Sebanyak lebih 30 buah syarikat telekomunikasi China membawa hasil inovatif masing-masing menampil dalam Smart Nation Expo 2024 yang berlangsung tiga hari di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada Selasa.
Ekspo yang bertemakan 'Inovasi Pintar untuk Transformasi Digital' itu memfokuskan 5G dan jaringan barangan, kecerdasan buatan, kesinambungan lalu lintas yang mampan dan bandar pintar, beserta perbincangan tentang peranan teknologi kritikal dalam pelbagai bidang.
Menteri Digital Malaysia, Gobind Singh Deo ketika bertemu bual dengan wartawan Agensi Berita Xinhua China menyatakan bahawa selaku negara pengerusi bergilir ASEAN 2025, Malaysia berusaha menjadi peneraju ekonomi digital serantau, dan berharap meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan pelbagai rakan termasuk China dalam bidang kecerdasan buatan dan ekologi hijau pada saat merebut peluang baharu dan menyahut cabaran.
Untuk rekod, ekspo kali ini telah menarik penyertaan lebih 600 buah syarikat daripada lebih 20 buah negara dan kawasan, dan dijangka akan menyaksikan pelancaran sebanyak lebih 300 buah produk sains dan teknologi inovatif.