China Seru Kerjasama Iklim Sesama Bandar Dipergiat
China menyeru kerjasama antarabangsa berhubung amaran awal dan penyesuaian diri dengan perubahan iklim dipergiat sesama bandar.
Seruan itu dibuat Naib Menteri Ekologi dan Alam Sekitar, Zhao Yingmin pada mesyuarat sampingan di 'Pavilion China' sempena sesi ke-29 Persidangan Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP29) di Baku pada Selasa.
Adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menangani perubahan iklim, kata Zhao sambil menambah semua pihak perlu bersinergi menggalakkan transformasi rendah karbon, menjalin perkongsian iklim sesama bandar serta membina sistem tadbir urus global yang adil, munasabah dan saling untung.