China, Brazil Komited Perkasa Kerjasama Bilateral
Presiden China Xi Jinping menghadiri majlis resepsi yang dihoskan oleh rakan sejawatnya dari Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva di Brasilia pada malam Rabu.
Xi mengucapkan terima kasih atas layanan mesra Presiden Lula dan rakyat Brazil, sambil menzahirkan ucapan tahniah atas pencapaian dilakar Brazil dalam pembangunan negara.
Xi berkata beliau dan Presiden Lula mengumumkan hubungan China-Brazil dinaik taraf kepada komuniti berkongsi nasib ke arah dunia yang lebih adil dan planet yang lebih mampan, di samping bersama-sama menyaksikan pemeteraian dokumen kerjasama mengenai penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi pembangunan Brazil.
China komited bergandingan dengan Brazil dalam membina komuniti berkongsi nasib sesama negara dan mencipta lagi 'lima dekad keemasan' hubungan bilateral.
Sementara itu, Lula berkata penyelarasan strategi pembangunan akan membantu Brazil dan China mencapai kemakmuran bersama.
Ia juga membuktikan bahawa kemajuan serta kesaksamaan dan keadilan mampu diwujudkan melalui jalan pembangunan pilihan sendiri.
Brazil menanti-nantikan kerjasama lebih rapat dengan China ke arah membina komuniti berkongsi nasib Brazil-China.