China Kecewa AS Veto Draf Resolusi Gencatan Senjata Gaza
Amerika Syarikat (AS) sekali lagi memveto draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata segera, tanpa syarat dan berkekalan di Gaza serta semua tahanan dibebaskan.
UNSC pada Rabu mengadakan pengundian untuk draf resolusi dikemukakan oleh 10 anggota tidak tetap.
Draf resolusi itu menerima 14 undi setuju, namun akhirnya gagal diluluskan susulan AS menggunakan kuasa veto terhadapnya.
Wakil Tetap China ke PBB Fu Cong menyuarakan rasa kecewa terhadap keputusan berkenaan sambil menggesa AS mengambil sikap bertanggungjawab dan menyokong segala tindakan UNSC untuk mewujudkan gencatan senjata, menyelamatkan nyawa dan memulihkan keamanan.