WIC Siar Dua Laporan Pembangunan Internet
Dua buku biru iaitu 'Laporan Pembangunan Internet China 2024' dan 'Laporan Pembangunan Internet Dunia 2024' disiarkan sempena berlangsungnya Sidang Kemuncak Wuzhen Persidangan Internet Dunia (WIC) 2024 pada Khamis.
Sebagai hasil penting kajian teori dan praktik WIC, buku biru seumpama telah dikeluarkan selama lapan tahun berturut-turut sejak 2017.
Laporan Pembangunan Internet China 2024 merumuskan perkembangan internet di negara Tembok Besar sepanjang tahun, manakala Laporan Pembangunan Internet Dunia 2024 memfokuskan kepada perspektif global.
Dalam tempoh setahun ini, negara-negara di dunia terus memajukan pembinaan prasarana maklumat sehingga memasuki fasa baharu pengembangan dan penaiktarafan.
Laporan itu turut membuat analisis terhadap 52 negara dan wilayah yang tipikal membabitkan enam aspek iaitu prasarana maklumat, teknologi digital dan keupayaan inovasi, ekonomi digital, kerajaan digital, keselamatan siber serta tadbir urus antarabangsa berkaitan ruang siber.