Aktiviti Kebudayaan di Brasilia Rai Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik China-Brazil

2024-11-21 15:32:42  CRI
Share with:

Sempena Presiden China Xi Jinping menghadiri Sidang Kemuncak ke-19 Kumpulan 20 (G20) dan mengadakan lawatan negara ke Brazil, aktiviti pertukaran kebudayaan meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Brazil diadakan di Brasilia pada Rabu waktu tempatan. 

Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva menzahirkan ucapan tahniah kepada aktiviti yang dianjurkan bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Syarikat Media Nasional Brazil (EBC) itu.


Lula dalam suratnya menyatakan, sempena Presiden Xi menghadiri Sidang Kemuncak ke-19 G20 dan mengadakan lawatan negara ke Brazil, aktiviti pertukaran kebudayaan kali ini amat signifikan dan diyakini akan mengukuhkan lagi jambatan kebudayaan yang menyambungkan kedua-dua negara sejak sekian lama.

Presiden CMG Shen Haixiong ketika berucap pada majlis perasmian itu mengatakan pihaknya bersedia bersama-sama sahabat dari pelbagai kalangan masyarakat Brazil untuk memperkasakan pertukaran kebudayaan antara kedua-dua negara, mendorong hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Brazil ke tahap baharu, dan menyumbang kepada kemajuan hubungan kedua-dua negara ke “50 tahun jubli emas” yang seterusnya.