Xi, Lula Bertemu dengan Wartawan
Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva bertemu dengan wartawan selepas rundingan mereka berakhir di Brasilia, Brazil pada Rabu waktu tempatan.
Xi menyatakan bahawa China dan Brazil bersetuju untuk memperkasakan penyelarasan secara rapat di bawah mekanisme multilateral, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kumpulan 20 (G20) dan BRICS, supaya bersinergi menangani cabaran keselamatan dalam bidang tradisional dan bukan tradisional seperti kebuluran dan kemiskinan, konflik serantau, perubahan iklim dan keselamatan siber, sekali gus memberikan sumbangan baharu terhadap kedamaian dan pembanguan dunia.
Lula pula berkata, Brazil dan China berkongsi nilai sama dan kepentingan bersama yang meluas, dan ikatan muhibah dua hala kekal utuh. Kerjasama kedua-dua negara mempunyai erti strategik dan memberi pengarah kepada seluruh dunia.
Lula turut memuji lawatan Presiden Xi ke Brazil kali ini membuka lembaran baharu bagi hubungan Brazil-China.