Naib PM Seru Bina Masa Depan Digital Lebih Indah

2024-11-21 14:09:40  CRI
Share with:

Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang berkata teknologi seperti internet, data raya, pengkomputeran awan, kecerdasan buatan dan rantaian blok terus mencapai kemajuan sekali gus memperkasa pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh.


Beliau bagaimanapun mengakui jurang digital terus melebar dan situasi keselamatan siber semakin mencabar.


Justeru, masyarakat antarabangsa perlu berganding bahu memacu pembinaan komuniti berkongsi nasib ruang siber ke fasa baharu dan mewujudkan masa depan digital yang lebih indah.


Ding membuat kenyataan itu ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Wuzhen Persidangan Internet Dunia (WIC) 2024 pada Rabu.


Beliau turut mencadangkan agar tadbir urus global terus ditambah baik, inovasi terselaras diperkasa bagi mendorong perkembangan pesat teknologi maklumat, hasil pembangunan internet dikongsi semua serta taraf perlindungan keselamatan siber dipertingkat lagi.