Tinjauan CGTN: Hubungan China-Brazil Jangkaui Dua Hala, Untungkan "Selatan Global"
Sempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Brazil, CGTN dan Pusat Pengajian Ekonomi dan Undang-undang Sosial Brazil bersama-sama melancarkan satu tinjauan pendapat umum melalui Institut Penyelidikan Komunikasi Antarabangsa Era Baharu, melibatkan 1,106 respoden tempatan Brazil, pada mutakhir ini.
Berdasarkan keputusan tinjauan tersebut, kebanyakan responden berpendapat hubungan China-Brazil telah menjangkaui hubungan dua hala, sementara kolaborasi dan koordinasi rapat kedua-dua negara di platform multilateral telah menyuntik lebih banyak penggerak demi pemeliharaan kepentingan negara-negara "Selatan Global" dan pembinaan orde antarabangsa yang lebih adil dan rasional.
Tinjauan itu mendapati lebih 76.2% respondon memuji China sebagai negara besar yang bertanggungjawab, manakala 95.6% responden memberikan penilaian positif terhadap sumbangan signifikan China terhadap pemulihan ekonomi dunia.