Forum Pelabuhan Maklumat China-ASEAN Berlangsung Sempena WIC 2024

2024-11-22 13:54:42  CRI
Share with:

Forum Pelabuhan Maklumat China-ASEAN diadakan di Wuzhen, provinsi Zhejiang pada Khamis sempena Sidang Kemuncak Wuzhen Persidangan Internet Dunia (WIC) 2024.


Dengan tema 'Bina Jalan Sutera Digital, Kongsi Masa Depan Digital', forum itu menyaksikan kehadiran pegawai dari negara ASEAN, pakar dan sarjana China serta eksekutif syarikat terkenal dari seluruh dunia.


Selain menyampaikan ucaptama, mereka juga mengadakan perbincangan meja bulat berkisarkan topik seperti pemerkasaan pembangunan inovatif ekonomi digital China-ASEAN menerusi inovasi dan aplikasi teknologi digital. 


Sejak dilancarkan pada 2015, Forum Pelabuhan Maklumat China-ASEAN berjaya diadakan sebanyak lima kali sehingga menjadi platform penting bagi menggalakkan kerjasama serantau dan memperdalam pertukaran ekonomi digital. 


Forum itu dimasukkan secara rasmi dalam rangka Sidang Kemuncak Wuzhen WIC pada tahun ini. Ia akan membantu menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib ruang siber antara China dengan negara ASEAN serta menyuntik momentum baharu kepada kerjasama dan pembangunan ekonomi digital.