Liga Pendidikan Vokasional Dunia Ditubuh

2024-11-22 14:40:32  CRI
Share with:

Liga Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Dunia dilancarkan secara rasmi di Tianjin pada Khamis sempena Persidangan Pembangunan Pendidikan Vokasional dan Teknikal Dunia 2024.


Selaku organisasi seumpama pertama yang diterajui China, liga itu menyasar membina platform antarabangsa yang paling komprehensif, seimbang, representatif dan inklusif untuk pendidikan vokasional.


Kumpulan pertama anggota liga berkenaan terdiri daripada 89 institusi dari 43 negara dan wilayah, antaranya termasuk institusi pengajian tinggi, kolej vokasional dan teknikal, perusahaan dan organisasi pendidikan.