Lagi Banyak Negara Asing Tersenarai dalam Skim Pengecualian Visa China
Untuk memudahkan lagi perjalanan rentas sempadan, China memutuskan untuk menambah jumlah negara asing dalam skim pengecualian visa untuk suatu tempoh masa yang tertentu, iaitu memperkenalkan pengecualian visa kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun dari 30 November 2024 hingga 31 Disember 2025.
Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar pada Jumaat, China juga memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa kepada pengembara untuk tujuan pertukaran dan lawatan dengan melanjutkan tempoh persinggahan maksimum daripada 15 hari kepada 30 hari.
Selain itu, pemegang pasport biasa dari 38 negara, termasuk sembilan negara yang baru ditambah itu diizinkan memasuki China tanpa visa dengan tempoh persinggahan tidak melebihi 30 hari untuk tujuan perniagaan, pelancongan, mengunjungi saudara mara dan sahabat, pertukaran dan lawatan serta transit bermula 30 November tahun ini.