Xi Bertemu Putera Morocco, Moulay Al Hassan
Kapal khas yang dinaiki Presiden China Xi Jinping singgah di Casablanca, Morocco dalam perjalanan pulang ke China selepas menamatkan lawatan rasmi di Brazil pada malam Khamis waktu tempatan.
Xi telah mengadakan perbincangan mesra dengan Putera negara itu, Moulay Al Hassan.
Xi terlebih dahulu menyampaikan salam kepada Raja Muhammad Ⅵ, dan menyatakan bahawa China bersedia bersama-sama Morocco untuk melaksanakan perjanjian yang dicapai dalam Sidang Kemuncak Beijing Forum Kerjasama China-Afrika dan mesyuarat peringkat menteri Forum Kerjasama China-Arab ke-10, di samping mendorong kerjasama pelbagai sektor dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekanan pembinaan bersama. Kedua-dua pihak perlu memperbanyak interaksi dalam bidang sosiobudaya, memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat serta mendorong kemajuan yang lebih besar dicapai dalam perkongsian strategik China-Morocco.
Putera Moulay Al Hassan pula menyampaikan salam dan alu-aluan daripada Raja Muhammad Ⅵ kepada Xi, sekali gus mengeluarkan kesediaan untuk terus mengekalkan pertukaran peringkat tinggi dengan China, meningkatkan kerjasama pelbagai bidang dan interaksi sosiobudaya antara kedua-dua negara. Morocco dan China memegang pendirian yang hampir sama terhadap banyak perkara. Pihaknya bersedia bersama-sama China untuk menyokong tindakan masing-masing demi kedaulatan, keselamatan dan kestabilan negara.