Perjalanan Xi di Amerika Latin Galakkan Persahabatan, Perpaduan, Kerjasama dan Pembangunan

2024-11-24 14:46:50  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-31 dan mengadakan lawatan rasmi ke Peru, serta menghadiri Sidang Kemuncak G20 ke-19 dan mengadakan lawatan rasmi ke Brazil dari 13 hingga 23 November lalu.


Ketika memperkenalkan keadaan perjalanan Xi kali ini, Perdana Menteri China, Wang Yi yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China berkata, jadual bertempoh 11 hari dan menjangkau 40 ribu kilometer itu, merangkumi 40 acara dua hala dan pelbagai hala dan menyaksikan lebih 60 dokumen kerjasama termeterai, yang dilihat sudah meneroka landskap baharu dalam diplomasi China yang hadir sebagai negara berkuasa besar pada era baharu.   

"Semasa menghadiri Mesyuarat tidak rasmi Pemimpin APEC di Lima, Presiden Xi telah menyampaikan ucapan bertulis yang menyeru pelbagai pihak perlu berganding bahu untuk mengukuhkan keyakinan dan menggalakkan globalisasi ekonomi yang inklusif dan universal pada saat yang semakin kritikal pada masa ini,”kata  Wang.

Wang berkata, pada sidang kemuncak G20  di  Rio de Janeiro  pula, Presiden Xi telah menghuraikan konsep China tentang tadbir urus global secara komprehensif dan sistematik, serta menekankan peri pentingnya untuk memacu pembangunan global yang lebih inklusif, revelan dengan rakyat dan kental, untuk membina dunia yang adil dan mewujudkan pembangunan bersama.


"Presiden China dan rakan sejawatannya dari Peru bersama-sama menyaksikan pemeteraian Protokol Menaik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas China-Peru dan Pelan Kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China-Peru yang turut mencerminkan keazaman dan komitmen kedua-dua pihak untuk meningkatkan tahap keterbukaan dan kerjasama demi mewujudkan situasi yang sama untung dan sama menang.  

"China dan Brazil menandatangani dan mengeluarkan kenyataan bersama untuk menaik taraf hubungan dua hala kepada Komuniti Berkongsi Nasib demi pembinaan dunia yang lebih adil dan planet yang lebih mampan, selain memutuskan untuk meningkatkan penyelarasan antara pelaksanaan BRI dengan strategi pembangunan Brazil.


"Xi memilih mengadakan  lebih 10  pertemuan dua hala di luar persidangan pelbagai hala itu, menandakan pengaruh China kian meningkat di persada dunia,” kata Wang.

Wang Yi pada akhirnya menyifatkan pencapaian yang dilakar dalam lawatan Xi ke Amerika Latin kali ini sebagai tujahan dan anjakan yang besar dalam mengamalkan garis panduan dilpomasinya.