Penyulam Tradisional Miao yang Bersemangat Keusahawanan

2024-11-24 15:48:26  CRI
Share with:

Yang Xiuyan merupakan pewaris teknik menyulam jenis Jinzhu yang popular di kalangan penduduk etnik Miao yang tersenarai sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara di peringkat bandar Chongqing, dan juga pengasas Koperasi Kraftangan Sulaman Miao yang beroperasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pewaris yang bersemangat keusahawanan itu melalui bengkel latihan tajaannya telah memupuk ramai pekerja wanita yang mahir dan menghasilkan produk sulaman yang kreatif yang jenisnya pelbagai, yang dilihat bukan sahaja dapat mewariskan teknik menyulam kaum Miao dan memasyarakatkan budaya sulaman Miao, tetapi juga membantu penduduk tempatan menjana pendapatan melalui peluang pekerjaan yang tersedia.