Sidang Tahunan Forum Kewangan Antarabangsa Diadakan di Hong Kong
Sidang Tahunan Sejagat ke-21 Forum Kewangan Antarabangsa telah diadakan di Hong Kong pada 22 hingga 23 November.
Pengerusi sidang tersebut, Zhou Xiaochuan menyeru pelbagai pihak bertindak mengikut hala tuju yang betul yang berorientasikan globalisasi, memfokuskan kepada kerjasama dalam pelbagai bidang, serentak itu meningkatkan penglibatan dalam pembaharuan sistem tadbir urus sejagat, dan menggalakkan perdagangan dan pelaburan bebas melalui pelbagai saluran serantau termasuk Selatan Global.
Sidang tahunan yang bertemakan“Perubahan Landskap Dunia yang Drastik: Membina Masa Depan Baharu bagi Kerjasama Antarabangsa" itu, telah menghimpunkan lebih 200 pegawai kanan, petugas institusi kewangan, pakar dan sarjana serta perwakilan dari sektor perindustrian daripada lebih 50 buah negara dan kawasan, dengan tujuannya membincangkan arah aliran dan cabaran yang dihadapi sekor kawangan dalam ekonomi sejagat.
Tiga laporan termasuk Laporan Pembangunan Kewangan Sejagat 2024, Laporan Pembangunan Mata Wang Digital Sejagat dan Laporan Indeks Daya Saing Kecerdasan Global yang diumumkan dalam tempoh sidang tahunan ini, dilihat sebagai rujukan kepada kelompok penggubal dasar dan pelabur.