Zhao Leji Akhiri Lawatan di Portugal

2024-11-24 14:15:22  CRI
Share with:

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Kongres Rakyat (NPC) China, Zhao Leji telah mengadakan lawatan rasmi ke Portugal pada 21 hingga 23 November.


Ketika bertemu dengan Presiden Portugal, Marcelo Rebelo de Sousa, Zhao Leji terlebih dahulu menyampaikan salam dari Presiden China Xi Jinping, dan menyatakan bahawa China merakamkan terima kasih kepada Portugal yang konsisten dalam mengamalkan prinsip Satu China selama ini, dan bersedia bersama dengan Portugal menjadi kawan baik yang saling menghormati dan mempercayai, rakan kongsi yang baik untuk maju bersama, dan sahabat yang saling belajar dari tamadun masing-masing. China juga berharap Portugal terus memainkan peranan proaktif dalam Kesatuan Eropah dan memperbanyak sumbangan kepada perkembangan hubungan China-EU.  


Marcelo Rebelo de Sousa menyatakan pihaknya bersedia mengeratkan pertukaran dan lawatan di peringkat tinggi, memperdalam pertukaran persahabatan, memperkasa kerjasama dalam bidang perdagangan, sumber tenaga alternatif, ekonomi biru dan ekonomi digital. Portugal sanggup memainkan peranan proaktif untuk meningkatkan dialog antara EU dan China.


Selain itu,  Zhao juga telah menemui Perdana Menteri Portugal, Luis Montenegro dan Speaker Parlimen, Jose Pedro Aguiar-Branco.