Matlamat Pembiayaan Kolektif Kuantitatif Iklim Baharu Diluluskan di COP29
Sesi ke-29 Persidangan Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) atau COP29 yang berlangsung di Baku, Azerbaijan telah mencapai sebahagian perjanjian, seperti yang berkaitan dengan matlamat pembiayaan kolektif kuantitatif iklim baharu (NCQG) dan Fasal ke-6 "Perjanjian Paris" mengenai mekanisme pasaran karbon global pada pagi tadi waktu tempatan.
Para hadirin bangun berdiri dan memberi tepukan gemuruh sebaik saja perjanjian NCQG yang merupakan topik utama dimuktamad oleh Mukhtar Babayev, Pengerusi COP29 yang juga Menteri Ekologi dan Sumber Alam Azerbaijan.
Menurut NCQG, negara-negara maju perlu menawarkan USD300 bilion (RM1.34 trilion) kepada negara-negara membangun pada setiap tahun untuk menyokong mereka bertindak menangani isu iklim sehingga 2035.