Butiran Lanjut Misi Manusia Mendarat di Bulan Didedah

2024-11-25 11:45:52  CRI
Share with:

China mendedahkan butiran lanjut mengenai misi manusia mendarat di bulan menerusi satu video promo yang disiarkan oleh Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA) pada 21 November.

 

Video animasi itu menunjukkan angkasawan mengendalikan alat perayau di permukaan bulan, dan memaparkan laluan pergerakan selama tiga hari di sekitar kawasan pendaratan.


Menurut video itu, misi pendaratan manusia di bulan memberi tumpuan kepada penguasaan teknologi kritikal seperti perjalanan ulang-alik bermanusia Bumi-Bulan, singgah jangka pendek di permukaan bulan dan penerokaan kolaboratif manusia-robot.


China menyasar menyempurnakan misi berkenaan menjelang 2030 dengan penyelidikan saintifik dan eksperimen teknikal dijalankan di bulan sehingga membentuk keupayaan penerokaan bulan secara mandiri.