China Berjaya Kawal Tanah daripada Menjadi Tanah Pasir
2024-11-25 14:12:26 CRI
Jabatan Perhutanan dan Padang Rumput Negara China mengadakan sidang media pagi tadi, memaklumkan perkembangan pencegahan dan kawalan tanah daripada menjadi tanah pasir di negara ini.
Menurut maklumat, 53 peratus tanah pasir dikawal dengan berkesan, manakala kawasan tanah pasir berkurangan sebanyak 4.4 juta hektar.
Oleh itu, China menjadi negara pertama yang berjaya mewujudkan "peningkatan sifar" kemerosotan tanah, dan "dua pengurangan" penggurunan dan tanah terbiar.