CISCE ke-2 Tumpu Enam Rantaian Perindustrian
2024-11-26 11:45:45 CRI
Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) edisi kedua dijadual berlangsung di Beijing bermula 26 hingga 30 November.
CISCE tahun ini menumpukan kepada enam rantaian perindustrian utama termasuk pembuatan maju, pertanian hijau dan teknologi digital, dengan lebih 70 jenis produk canggih membuat debut.
Dengan ruang pameran seluas 120,000 meter persegi, ekspo berkenaan menyaksikan penyertaan lebih 600 syarikat dan 32 peratus daripadanya adalah pempamer asing.