Armada Kapal Tentera Laut China Akhiri Lawatan di HK

2024-11-26 14:41:04  CRI
Share with:

Armada kapal angkatan laut Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang terdiri daripada kapal penyerang amfibia Hainan dan kapal pemusnah peluru berpandu Changsha mengakhiri lawatan lima hari di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), dan berlepas pulang pada Isnin.


Dalam tempoh lawatan tersebut, sesi terbuka selama tiga hari telah diadakan. Lebih 15,000 penduduk tempatan melawat ke kapal-kapal itu serta mengadakan sesi interaktif dengan anggota tentera.