China Hulur Barang Bantuan kepada Kanak-kanak Palestin
Majlis penyerahan barang bantuan China kepada kanak-kanak Palestin diadakan di dua kem pelarian di bandar Tulkarem, utara Tebing Barat Sungai Jordan pada Isinin.
Pengarah Pejabat Perwakilan China di Palestin, Zeng Jixin menyatakan bahawa China dengan teguh menyokong rakyat Palestin memperjuangkan pemulihan hak kebangsaan yang sah mereka.
Beliau berkata, China sentiasa menegakkan keadilan bagi pihak Palestin, dan bersedia terus memberikan bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada negara itu.
Pegawai Palestin dalam majlis itu menyatakan bahawa pihaknya menghargai sumbangan barang bantuan China yang menandakan sokongan padu China kepada rakyat Palestin. Palestin amat berbangga dengan persahabatan yang mendalam antara rakyat kedua-dua negara ini.