CISCE Pacu Kerjasama dan Inovasi Rantaian Bekalan Global

2024-11-27 12:18:43  CRI
Share with:


Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) edisi kedua yang bertemakan 'Connecting the World for a Shared Future' membuka tirai di Beijing pada Selasa.


Ekspo anjuran Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) itu bertujuan memacu kerjasama dan inovasi dalam bidang rantaian bekalan global dan turut disertai lebih 1,300 wakil dari hampir 100 negara dan wilayah serta pertubuhan antarabangsa.

Pengerusi CCPIT, Ren Hongbin dalam ucapannya pada majlis perasmian berkata CISCE akan berperanan sebagai wadah interaksi antarabangsa yang menyumbang kepada kestabilan dan pembangunan rantaian bekalan global, di samping mendorong kerjasama antara perusahaan pelbagai negara.

Ekspo itu turut menyaksikan satu inisiatif disiarkan CCPIT bersama wakil golongan ahli perniagaan yang menyeru sinergi ke arah membina sistem rantaian perindustrian dan bekalan global yang stabil, efisien, inklusif dan saling untung.


Dengan ruang pameran seluas 120,000 meter persegi, CISCE tahun ini menarik penyertaan lebih 620 syarikat dari 69 buah negara, wilayah dan pertubuhan antarabangsa.