
Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu dengan Delegasi Menteri-menteri Perdagangan ASEAN di Beijing pada petang Jumaat lalu.
Li Keqiang berkata, aktiviti promosi perdagangan dan pelaburan delegasi Menteri-Menteri Perdagangan ASEAN kali ini akan membantu menggalakkan pelaksanaan rangka kerjasama "2+7" China-ASEAN pada sepuluh tahun akan datang. China mempererat kerjasama yang menyeluruh dengan pelbagai negara ASEAN, bersama-sama menggalakan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) akan membawa manfaat yang lebih besar kepada rakyat serantau.
Delegasi tersebut melawat Beijing dengan menaiki kereta api laju dari selatan China. Li menyatakan bahawa kerajaan China menggalakkan syarikat China menyertai pembinaan infrastruktur ASEAN seperti landasan kereta api. Kesalinghubungan bermanfaat bagi perkembangan dan pertukaran perdagangan.
Naib Perdana Menteri yang juga Menteri Perdagangan Thailand, Niwattumrong Boonsongpaisan mewakili delegasi ASEAN itu menyatakan bahawa ASEAN mengalu-alukan cadangan China mengenai penaiktarafan CAFTA dan bersedia meningkatkan kerjasama dengan China untuk meningkatkan kesalinghubungan demi masa depan kerjasama Asia Timur yang lebih cerah.








