Menurut Kementerian Pelancongan Kemboja, jumlah kemasukan pelancong asing di negara itu pada suku tahun pertama tahun ini meningkat 12 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencatat 1.5 juta orang.
China kekal menjadi negara sumber pelancong asing yang terbesar bagi Kemboja.
Menurut statistik, sejumlah 170 ribu pelancong China melawat ke Kemboja pada bulan Januari hingga Februari lalu, naik 16.7 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.
Menurut kertas putih Kemboja, Strategi Menarik Pelancong China 2016-2020, negara itu akan berusaha untuk menarik dua juta pelancong China menjelang tahun 2020.