Wen Jiabao Kemukakan Langkah-Langkah bagi Sediakan Bantuan kepada Negara-Negara Membangun yang Lain 2008-09-26 Wen Jiabao menghadiri mesyuarat peringkat tinggi mengenai (MDG) PBB yang diadakan di New York, ibu pejabat PBB semalam pada waktu tempatan. Beliau mengemukakan beberapa langkah yang akan diambil oleh China, lagi menyediakan bantuan kepada negara-negara membangun dan memaklumkan keadaan China melaksanakan MDG dan kerjasama Selatan-Selatan
Wen Jiabao: China Kekalkan Jalan Pembangunan secara Damai 2008-09-25 Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menghadiri perdebatan umum yang diadakan dalam Perhimpunan Agung PBB Ke-63 di New York petang semalam waktu tempatan, dan menyampaikan ucapan yang bertajuk: "Kekalkan Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka serta Pembangunan secara Damai."
Pembangunan dan Keselamatan Menjadi Tumpuan Dalam Mesyuarat Perdebatan Biasa Perhimpuan Agung PBB 2008-09-24 Mesyuarat perdebatan biasa mula diadakan dalam Perhimpuan Agung PBB ke-63 semalam. Dalam tempoh enam hari berlangsungnya mesyuarat tersebut, pemimpin negara, kerajaan dan pegawai peringkat tinggi dari lebih 150 buah negara di seluruh dunia akan menjelaskan pendirian masing-masing tentang masalah penting yang dihadapi bersama oleh masyarakat antarabangsa di Ibu Pejabat PBB di New York. Perdana Menteri China, Wen Jiabao akan menyampaikan ucapannya dalam mesyuarat tersebut untuk menerangkan pendirian dan pandangan China tentang situasi antarabangsa dan masalah pembangunan China dan dunia.
Hubungan China-A.S. akan Sasarkan Masa Depan 2008-09-24 Perdana Menteri China, Wen Jiabao hadir dalam majlis jamuan yang dianjurkan oleh kumpulan persahabatan A.S. di New York semalam, dan menyampaikan ucapan yang berjudul "Maju Terus, Cipta Masa Depan Hubungan China-A.S. yang Cerah". Jiabao menyatakan bahawa hubungan kedua-dua negara akan terus maju ke masa hadapan tanpa mengira siapa pun yang terpilih sebagai Presiden baru A.S.