v Peniaga ASEAN Ingin Merebut Pasaran China dengan Menyertai Ekspo China-ASEAN 2008-10-24 Ekspo China-ASEAN ke-5 telah memasuki hari ketiga hari ini. Terdapat 2100 buah syarikat dari China dan luar negara yang menyertai ekspo kali ini. Antara kesemua 3300 buah gerai pameran, negara-negara ASEAN telah menyewa sebanyak 1154 buah gerai. Malaysia, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Thailand dan Vietnam telah menubuhkan ruang pameran tersendiri untuk mempamerkan barangan buatan masing-masing.
v China dan ASEAN Berganding Bahu untuk Hadapi Krisis Kewangan 2008-10-22 Ekspo China-ASEAN Ke-5 serta Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-5 berlangsung di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China hari ini. Dengan latar belakang pergolakan kewangan global kini, kedua-dua aktiviti ini yang bertujuan untuk menjayakan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN diberi perhatian yang tinggi.
v Integrasi ASEAN Dorong Kerjasama China-ASEAN 2008-10-10 Ketua Jabatan Pengkajian Asia Tenggara Institut Hubungan Antarabangsa Moden China, Zhai Kun: ASEAN yang bersifat semakin bersepadu akan menuju ke arah pertubuhan serantau yang lebih damai, stabil dan makmur. Perkara itu juga dianggap akan menyediakan peluang baru kepada usaha kerjasama China-ASEAN.
v Ekspo China-ASEAN Ke-5 akan Sediakan Peluang Baru kepada Kerjasama Ekonomi 2008-10-03 Ekspo China-ASEAN Ke-5 akan berlangsung di Nanning, Guangxi China dari 22 hingga 25 Oktober nanti. Naib Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng menyatakan ekspo ini akan terus memainkan peranan penting dalam mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN serta pertumbuhan ekonomi serantau.
v Guangxi Giat Melakukan Kerjasama Pelancongan dengan Negara ASEAN 2008-09-12 Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China giat melakukan kerjasama serantau dalam bidang pelancongan, terutamanya dengan ASEAN, negara-negara Subkawasan Sungai Mekong Besar dan Zon Ekonomi Pan Delta Sungai Mutiara. Kerjasama pelancongan dengan negara ASEAN adalah yang paling diutamakan.