Budaya Selatan Fujian

2017-05-16 16:44:10  CRI
Share with:

Budaya Selatan Fujian yang berasal dari Quanzhou kini bukan sahaja budaya yang diamalkan di selatan Fujian dan Taiwan termasuk Quanzhou, Xiamen dan Zhangzhou, bahkan telah disebarkan ke luar negara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan lain-lain.

Sejak negara China disatukan pada zaman Dinasti Qin (tahun 221-207 sebelum Masihi), budaya dari kawasan utara dan tengah China beransur-ansur bercampur dengan budaya Fujian. Percampuran budaya tersebut mendorong pembentukan budaya Selatan Fujian. Pada zaman Dinasti Song (tahun 960—1368), bandar Quanzhou menjadi tempat bermulanya Jalan Sutera Maritim dan pelabuhan penting di negara ini.

Budaya Selatan Fujian

Saudagar dari Arab dan Asia Barat selalu berkunjung ke Quanzhou untuk berurus niaga, di samping membawa budaya Islam ke Quanzhou.

Pada zaman Dinasti Ming (1368-1644) dan Qing (1636-1912), ramai mubaligh Eropah datang ke China dan membawa budaya negara masing-masing ke kawasan selatan Fujian. Boleh dikatakan, budaya Selatan Fujian adalah percampuran dan pengembangan antara budaya tempatan dengan budaya asing. Penggabungan tersebut menghasilkan ciri yang istimewa dan unik.

Adat resam adalah salah satu bahagian penting dalam budaya selatan Fujian. Adat resam tempatan berwarna-warni. Sebahagiannya diterima umum dan masih popular di China, malah di Asia Tenggara. Antara adat resam tersebut termasuklah, perlumbaan perahu naga sempena Pesta Perahu Naga, permainan Bobing pada Pesta Kuih Bulan, dan lain-lain.

Budaya Selatan Fujian

Bandar Quanzhou disahkan tempat permulaan Jalan Sutera Maritim purba dan "pelabuhan terbesar" di China malah dunia timur pada zaman purba. Perdagangan dan komunikasi China dengan negara-negara luar amat aktif dalam sejarah. Pelbagai budaya campuran dan penyebaran agama yang unik terdapat di bandar Quanzhou. Agama Buddha, ajaran Tao, agama Islam, agama Hindu, agama Kristian wujud bersama di kawasan selatan Fujian. Ini jarang-jarang terdapat di tempat lain di dunia.

admin