Chongqing ialah salah sebuah daripada empat buah bandar yang di bawah pentadbiran langsung kerajaan pusat China. Ketiga-tiga lain ialah Beijing, Tianjin dan Shanghai. Jumlah keluasan bandar Chongqing mencatat 82.403 ribu kilometer persegi dan angka ini merupakan 2.39 kali ganda daripada keluasan ketiga-tiga bandar Beijing, Tianjin dan Shanghai.
Bandar Chongqing menyimpan sejarah yang lama. Pada kira-kira 2 juta tahun yang lalu, bandar tersebut mula diduduki manusia, iaitu orang Wushan, manusia yang paling awal ditemukan di China. Orang yang tinggal di kawasan Chongqing dipanggil "Ba". Orang Ba tinggal di kawasan pergunungan dengan persekitaran yang berbahaya. Oleh itu, orang Ba memiliki keperibadian yang tegas, berani dan pandai berjuang.