Huawei Tawar Latihan Vokasional kepada Pelajar Indonesia

2018-03-23 14:47:14  CRI
Share with:

Huawei Tawar Latihan Vokasional kepada Pelajar Indonesia

Upacara pelancaran projek "generasi bijak 2018" tajaan syarikat telekomunikasi China, Huawei diadakan di Jakarta, Indonesia Khamis lalu.

Projek itu menawarkan latihan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi secara percuma kepada 1,000 pelajar Indonesia melalui kerjasama antara Huawei dengan 12 institusi tempatan.

Huawei Tawar Latihan Vokasional kepada Pelajar Indonesia

Kuasa Usaha Kedutaan Besar China di Indonesia, Sun Weide menyatakan bahawa China dan Indonesia yang kaya dengan sumber manusia, memiliki potensi kerjasama yang meluas. China komited mengintensifkan interaksi dan kerjasama untuk menjadikan latihan vokasional wadah kerjasama baharu dalam hubungan China-Indonesia.

Projek "generasi bijak" anjuran Huawei tahun lalu bertujuan untuk memupuk lebih banyak tenaga profesional muda bagi sektor teknologi maklumat dan komunikasi di Indonesia. Sejak tahun 2000, Huawei telah menjalankan pelbagai latihan kemahiran melibatkan 12,000 jurutera dan 3,000 pelajar tempatan.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran