Xi Jinping Ditemui Tetamu BFA

2018-04-09 11:39:14  CRI
Share with:

Xi Jinping Ditemui Tetamu BFA

Sempena perasmian sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2018, Presiden China, Xi Jinping telah bertemu dengan beberapa tetamu kehormat forum itu di Beijing semalam.

Dalam pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, Xi Jinping menyatakan, isu antarabangsa bersangkut paut dengan sistem dan kemampuan tadbir urus. Baik tadbir urus domestik mahupun global, matlamatnya tetap faedah kepada rakyat. Pihak pemerintah perlu memberikan keyakinan dan jangkaan yang stabil kepada rakyat.

Guterres berasa gembira kerana dapat melawat China dan menghadiri sidang tahunan BFA sempena ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China. Beliau percaya bahawa China akan berperanan lebih besar dalam beberapa dekad akan datang.

Xi Jinping Ditemui Tetamu BFA

Xi Jinping Ditemui Tetamu BFA

Selepas itu, Xi Jinping telah ditemui delegasi Austria yang diketuai Presiden Vander Belen yang pertama kali melawat China. Selain itu, Canselor dan empat orang menteri Austria juga turut ikut serta dalam lawatan ke China kali ini.

Xi Jinping Ditemui Tetamu BFA

系统管理员