Langkah-Langkah Baharu China Dijangka Beri Manfaat kepada Dunia

2018-04-12 13:52:36  CRI
Share with:

Ucaptama yang disampaikan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam majlis perasmian sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2018 mempunyai makna yang amat signifikan kerana langkah-langkah baharu untuk memperluas dasar pintu terbuka yang diumumkan beliau dipercayai akan memberi manfaat kepada rantau ini bahkan seluruh dunia.

Demikian dinyatakan Timbalan Ketua Pengarah Stesen Televisyen Negara Kemboja, Chey Sorphea dalam temu bual eksklusif bersama Radio Antarabangsa China (CRI) di Boao, Hainan pada 10 April lalu.

Chey Sorphea yang turut menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Media Asia BFA berkata, hala tuju perkembangan China dalam proses memperluas keterbukaan dan kerjasama dengan negara asing diberi tumpuan seluruh dunia pada ketika ini. Presiden Xi dalam ucapannya telah memberi jawapan yang positif.

Beliau beranggapan, inisiatif yang dikemukakan oleh Presiden Xi untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan amat signifikan, dan akan memangkinkan pembangunan China yang kini telah memasuki era baharu.

系统管理员