Presiden Xi Periksa Angkatan Laut PLA

2018-04-13 14:30:15  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_periksa11

Presiden China, Xi Jinping telah memeriksa pasukan angkatan laut Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) yang ditempatkan di Laut China Selatan pada pagi semalam.

Xi yang juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, menekankan mustahaknya tugas membangunkan angkatan laut yang kuat, bagi memastikan impian untuk mewujudkan kebangkitan semula bangsa dan negara dapat direalisasikan. 

Pembangunan kekuatan dan modenisasi perlu diwujudkan agar tentera China dapat bergelar pasukan bertaraf dunia.

图片默认标题_fororder_periksa22
 

Beliau dalam ucapan selepas pemeriksaan itu mahu tentera laut komited meningkatkan daya pertempuran, rajin berlatih, mengikut arahan negara dan rakyat, membela kepentingan negara serta berusaha memelihara kedamaian dan kestabilan serantau dan antarabangsa.

Formasi laut yang diperiksa terdiri daripada kapal induk Liaoning, sejumlah kapal selam, kapal perang dan jet pejuang model baharu.

徐国玮