Korea Selatan Bersiap untuk Dialog dengan DPRK

2018-04-13 11:48:45  CRI
Share with:

Pejabat Persiapan Rundingan Pemimpin Korea Selatan dengan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) ditubuhkan secara rasmi di Korea Selatan semalam.

Jurucakap Cheong Wa Dae, Kim Eui-kyeom memetik Presiden Moon Jae-in sebagai berkata, pejabat itu bertugas mengendalikan kerja-kerja persiapan rundingan berkenaan dengan DPRK.

Pada hari yang sama, Moon Jae-in mengatakan bahawa peluang yang begitu sukar diperoleh ini perlulah dihargai, demi mewujudkan Semenanjung Korea bebas senjata nuklear, merealisasikan kedamaian berkekalan dan menggalakkan hubungan berterusan dengan DPRK.

Korea Selatan dan DPRK menjadualkan Rundingan Pemimpin di "Rumah Damai" Panmunjom di sebelah Korea Selatan pada 27 April. Rundingan itu akan menjadi yang ketiga antara pemimpin dua negara itu.

覃淼