Usaha China Basmi Kemiskinan Berhasil

2018-04-16 14:11:22  CRI
Share with:

Hasil pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka selama 40 tahun, seramai lebih 700 juta rakyat China keluar daripada belenggu kemiskinan. Pencapaian itu amat mengagumkan.

Demikian ujar bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd dalam satu temu bual selepas Sidang Kemuncak China Penn Wharton di Universiti Pennsylvania, AS kelmarin.

Rudd berkata, rakyat China memang patut bangga atas pencapaian tersebut kerana hasil itu tidak datang dengan mudah. 

Kejayaan China dalam pembasmian kemiskinan juga kemajuan paling ketara yang dibawa oleh dasar tersebut.

周乔西