Rombongan Seni China Lawat DPRK

2018-04-16 15:07:45  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_song

Pengerusi Parti Buruh Korea (WPK) Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong Un mengadakan pertemuan dengan ketua Jabatan Perhubungan Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Song Tao yang mengetuai rombongan seni China ke Festival "Musim Bunga Bulan April" kelmarin.

Dalam pertemuan itu, Kim berkata, lawatan rasmi beliau ke Beijing sebelum ini amat signifikan dan membuahkan hasil yang memuaskan. 

Beliau mahu mengambil peluang festival kali ini bagi memperkukuh ikatan antara rakyat, sekali gus membuka lembaran baharu hubungan persahabatan kedua-dua negara.

Song pula berkata, kunjungan rombongan China ke DPRK kali ini bertujuan untuk melaksanakan persepakatan yang dicapai antara pemimpin tertinggi kedua-dua negara, selain memperdalam pertukaran seni budaya.

 

 
周乔西