China, Jepun Setuju Tingkat Hubungan

2018-04-17 17:21:58  CRI
Share with:
China dan Jepun bersetuju memperkukuh hubungan bilateral melalui usaha sama lebih luas, semasa pertemuan antara Menteri Luar China, Wang Yi dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Tokyo semalam.

Wang menyatakan kedua-dua pihak harus memanfaatkan momentum berpotensi untuk melonjakkan kerjasama ekonomi ke tahap baharu.

Kata beliau, penyertaan Jepun dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) akan membuka ruang baharu untuk kerjasama tersebut. China bersedia membincangkan cara terbaik untuk Jepun terlibat dalam inisiatif tersebut.    

Beliau menyarankan kedua-dua pihak meningkatkan komunikasi dan penyelarasan untuk menentang perlindungan perdagangan, mempertahankan sistem perdagangan bebas global yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), dan membantu mewujudkan ekonomi dunia yang terbuka.  

Abe pula menyatakan langkah-langkah penting China untuk memperluas keterbukaan yang diumumkan pada Forum Asia Boao minggu lalu, diyakini kondusif bagi hubungan ekonomi Jepun-China. 

Beliau menanti-nantikan hasil pembangunan B&R membantu  pemulihan dan pertumbuhan ekonomi serantau.
 
张薇