Kecurian Data Facebook Mungkin Lebih Serius

2018-04-18 13:45:52  CRI
Share with:

Kecurian data Facebook mungkin jauh lebih serius daripada laporan dahulu yang mengatakan maklumat daripada 87 juta akaun diperoleh secara haram.

Hal itu didedahkan oleh Brittany Kaiser, bekas pengarah pembangunan perniagaan Kumpulan SCL, syarikat induk Cambridge Analytica, kepada jawatankuasa kerajaan Britain semalam.

Awal bulan ini, Facebook mengumumkan Cambridge Analytica yang pernah membantu Donald Trump semasa kempen pilihan raya Presiden pada 2016, telah mengumpulkan maklumat 87 juta akaun penggunanya yang gagal dihapuskan.

Menurut Kaiser, firma analisis data yang menjalankan kerja-kerja politik, kerajaan dan tentera di seluruh dunia itu juga terlibat dalam proses Britain keluar daripada Kesatuan Eropah.

Sebelum ini, Facebook mengatakan pihaknya mendapati pada 2015, pakar psikologi Universiti Cambridge, Aleksandr Kogan telah menipu dan melanggar Polisi Platform dengan menghantar data pengguna kepada firma tersebut.

张弘