China, Vietnam Perkasa Kerjasama

2018-04-18 14:40:22  CRI
Share with:

Komuniti berkongsi nasib signifikan dari segi strategik bagi China dan Vietnam, dua jiran sosialis yang berkongsi sempadan. Kerjasama antara dua negara ini berpotensi besar.

Dalam pertemuan dengan delegasi Parti Komunis Vietnam (PKV) di Beijing semalam, Naib Presiden China, Wang Qishan menyatakan kedua-dua negara perlu melaksanakan konsensus yang dicapai antara pemimpin dengan bersungguh-sungguh.

Persekitaran kondusif perlu disediakan bagi penyelarasan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan pelan "Dua Koridor Satu Lingkaran" untuk memajukan perkongsian kerjasama strategik komprehensif.
  
Nguyen Van Binh, ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKV yang mengetuai delegasi itu menyatakan China melakar kejayaan cemerlang dalam pembaharuan dan keterbukaan, yang boleh diteladani Vietnam. 

Vietnam mahu memperkasakan kerjasama pragmatik dengan China dalam semua bidang.
 

张薇