EU Kritik Amalan AS

2018-04-19 13:46:52  CRI
Share with:
Tarif tinggi yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap produk keluli dan aluminium, amalan perlindungan yang menjejaskan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi dunia.

Pesuruhjaya Perdagangan Kesatuan Eropah (EU), Cecilia Malmstrom dalam sidang media di Strasbourg, Perancis semalam berkata Brussels dan Washington masih sedang berunding tentang pengecualian tarif tersebut.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membuat sebarang kompromi untuk mendapatkan pengecualian selama-lamanya sebelum tarikh akhir 1 Mei.

Beliau juga menyatakan kebimbangan atas pergeseran perdagangan antara China dengan AS.

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) kelmarin mengesahkan bahawa EU telah membuat permohonan untuk mengadakan perbincangan mengenai isu tarif.

EU menyatakan meskipun AS mendakwa tarif tinggi dikenakan untuk menjaga kepentingan keselamatan negara, namun langkah itu sebenarnya amalan perlindungan.

China juga telah membuat permohonan serupa kepada WTO awal bulan ini.
张弘