Forum Teknologi Filem BIFF

2018-04-19 11:23:35  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_32351f0a-873a-4ef4-bbaf-a41992a726aa

Forum Antarabangsa Teknologi Perfileman diadakan di Beijing semalam, bersempena Pesta Filem Antarabangsa Beijing (BIFF) ke-8.

Forum itu bertema "mengindustrikan pengeluaran filem, menghasilkan filem unggul pada era baharu".

Para peserta forum dalam ucapan masing-masing telah menghuraikan pentingnya pengeluaran filem diindustrikan bagi penaiktarafan kualiti filem.

Turut dibincangkan, pendekatan bagi menghasilkan filem unggul pada era baharu ini.

Klip video yang memaparkan kemajuan teknologi perfileman China sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan 40 tahun lalu telah ditayangkan, disusuli upacara penubuhan jawatankuasa teknologi perfileman.

Antara yang hadir, Naib Presiden Base FX, Neil Xie; penerbit filem terkemuka dari Australia, Chris Godfery; pengarah filem AS, Anthony LaMolinara; pengarah filem Australia, Alain Desrochers; dan pengasas syarikat Land High Tech, Gao Pengdong.
 

张弘